F Kami Tumpang Rezeki Lara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kami Tumpang Rezeki Lara

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengakui mereka banyak menumpang rezeki anak kesayangan mereka iaitu Lara Alana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Memetik laporan mStar online, Awal berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini, pukul 9 malam di Astro Ria.

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya

Tambah Awal, walaupun rezeki mencurah-curah buat Lara namun mereka masih beringat iaitu wang pendapatan yang diterima Lara akan disimpan untuk masa depan pembelajaran dan insurannya.

Dalam pada itu Awal berkata, ramai pengikut laman sosial Instagram anaknya iaitu yang teruja untuk melihat perkembangan kanak-kanak itu setiap hari.

Awal berkata, perkara tersebut membuatkan dia terpaksa memuat naik gambar dan video terbaharu hampir setiap hari di Instagram peribadi kanak-kanak itu yang kini mencecah 2.1 juta pengikut.
Powered by Blogger.