Kamal serius mahu kahwin dengan Emma Maembong

Terdahulu pernah timbul desas-desus kononnya hubungan antara pasangan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong hampir menemui kegagalan.

Walau bagaimanapun, Kamal Adli tampil berkongsi tentang isi hatinya terhadap aktres tersebut. Jelas Kamal, dia sangat menyayangi  insan bernama Emma Maembong dan serius mahu memperisterikannya.
 
Mengakui hubungan mereka sebelum ini tidak begitu baik, Kamal berkata, dia akan berusaha untuk memperbaiki kesilapannya.

Mengulas lanjut, pergolakkan yang terjadi dalam perhubungan mereka juga tidak ada kena mengena dengan orang ketiga.

Semoga hubungan Kamal dan Emma pulih serta seterusnya hingga ke jenjang pelamin.
Kamal serius mahu kahwin dengan Emma Maembong Kamal serius mahu kahwin dengan Emma Maembong Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.