F Kaka Azraff akui serasi dengan Alif (Sleeq) | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kaka Azraff akui serasi dengan Alif (Sleeq)

Penyanyi bertubuh kecil namun suaranya sahaja berjaya memukau pendengar di luar sana. Pemilik empunya suara serak basah iaitu Kaka Azraff, pada pertengahan bulan ini bakal menampilkan single terbaru berjudul Terima Kasih.

Selepas lagu Bukan Hal Aku hasil ciptaan Alif (Sleeq) mendapat sambutan hangat daripada peminatnya, lagi sekali dalam single terbaru Kaka, juga merupakan hasil karya penuh Alif.

Menurut Kaka dia sememangnya selesa dapat bekerjasama dengan penyanyi dan komposer tersebut.

“Sekali lagi single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama ini merupakan sentuhan sepenuhnya oleh Alif (Sleeq). Jujur saya katakan saya selesa apabila dapat bekerjasama dengan orang yang faham dengan jiwa muzik saya. Alif dan saya mempunyai cita rasa yang sama dalam cabang ini.

“Alhamdulillah pendengar di Malaysia sekarang sudah mula menerima lagu berentak ‘Electronic Dance Music’ (EDM) dan pada masa yang sama tidak dinafikan lagu Bukan Hal Aku memang sangat kuat auranya. Jadi saya berharap agar peminat dan pendengar dapat menerima lagu terbaru saya ini pula,” katanya kepada Media Hiburan.

Kaka atau nama aslinya Nor Atiqa Noor Azraff, 27, ditemui pada majlis rumah terbuka raya INTEKMA Resort & Pusat Konvensyen, Shah Alam, semalam.

Dalam perkembangan lain, Kaka juga bakal muncul dalam filem Aliff Dalam 7 Dimensi dan pada masa yang sama turut menyanyikan lagu tema filem tersebut berjudul Kudrat.
Powered by Blogger.