F Kabali Kutip RM12 juta Selepas 7 Hari | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kabali Kutip RM12 juta Selepas 7 Hari

Meskipun jalan ceritanya mencetuskan kontroversi namun filem Kabali berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila kutipan jualan tiket mencecah RM12 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan di pawagam seluruh negara.

Diterajui bintang Tamil tersohor, Shivaji Rao atau lebih dikenali sebagai Rajinikanth, filem itu kini ditayangkan di 498 layar perak di seluruh negara sejak 22 Julai lepas.

Penerbit bersama filem itu, Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata, respons luar biasa itu datang daripada peminat-peminat filem Tamil dan peminat-peminat Rajinikanth sen­diri.

“Hasil jualan tiket Kabali di Malaysia dalam tempoh tujuh hari mencatat RM12 juta setakat hari ini (semalam).

“Namun kutipan bagi Kabali versi bahasa Melayu belum dapat dipastikan kerana ia baru menemui peminat di pawagam Jumaat lalu,” kata Abdul Malik seperti yang dilaporkan Kosmo!.
Powered by Blogger.