Berita Terkini
recent

Junior (GOT7) Mahu Guna Nama Sebenar

ANGGOTA kumpulan GOT7 iaitu Junior mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan nama pentasnya tetapi mahu peminat mula memanggil nama sebenarnya, Jinyoung.

Soompi melaporkan Jinyoung atau nama penuhnya Park Jin Young mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Selasa lalu.


"Mulai hari ini semua aktiviti melibatkan kerjaya saya sebagai seorang selebriti, saya tidak mahu lagi menggunakan nama Junior.

"Sebaliknya saya mahu kembali menggunakan nama sebenar dan berharap peminat akan memanggil nama sebenar saya selepas ini," katanya.

Jinyoung turut menukar nama profil di laman sosialnya dan menyifatkan tindakan itu memberinya lebih semangat untuk meneruskan karier seninya.

April lalu, Jinyoung pernah meluahkan hasrat menukar namanya kerana menganggap Junior sudah tidak sesuai kerana dia semakin berusia.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.