F Jual 'Murah', Mansion Milik David & Victoria Didakwa Berhantu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jual 'Murah', Mansion Milik David & Victoria Didakwa Berhantu

Umum sedia maklum, David dan Victoria Beckham merupakan salah satu pasangan selebriti yang sukses di dunia. Keduanya memiliki harta melimpah yang terdiri daripada pelbagai termasuklah bentuk, salah satunya ialah rumah agam yang berharga mewah dan luarbisa.

Bukan hanya sebuah, malah pasangan suami isteri ini memiliki beberapa lagi mansion yang bernilai tinggi. Salah satunya, terletak di Bargemon, Cote d'Azur, selatan Perancis. Bagaimanapun, khabarnya kediaman tersebut akan dijual.

Memetik laporan Daily Mail, pasangan yang juga mempunyai empat cahaya mata itu, membuat keputusan untuk menjual mansion yang dibina sejak abad ke-19 itu kerana jarang didiami.

Namun peliknya harga jualan yang ditawarkan adalah di bawah harga pasaran bahkan laporan menyebut, pasangan itu berkemungkinan besar pasangan ini akan mengalami kerugian. Bukan sedikit sebalinya mereka mengalami kerugian kira-kira USD 4juta.

Masion itu sendiri ketika dibeli di awal tahun 2000, dengan harga USD 1.5juta. Kemudian kediaman seluas 809 meter persegi itu diubahsuai hingga menelan kos USD5juta. Sekaligus tidak setanding dengan harga jual yang hanya USD 2.4 juta.

Lantas timbul tanda tanya dikalangan ramai pihak yang mahu mengetahui alasan sebenar mengapa David dan Victoria menjual dengan harga 'murah'. Rupa-rupanya mansion tersebut didakwa dihuni oleh makhluk halus kerana bekas pemilik mansion yang terdahulu dikata mati di kediaman tersebut kerana bunuh diri.
Powered by Blogger.