F Jika Ada majlis, Saya Akan Maklumkan - Azrinaz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jika Ada majlis, Saya Akan Maklumkan - Azrinaz

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim belum bersedia memberi kenyataan berhubung laporan mendakwa beliau dan ikon fesyen, Wak Doyok sudah bertunang.

Memetik laporan BH online, Azrinaz berkata dia terkejut apabila membaca berita tersebut. Bagaimanapun dia bersedia berkongsi jika ada perkembangan terbaharu berhubung perkara itu.

"Saya terkejut membaca berita itu. Buat masa ini tiada apa yang boleh dikongsikan.

"Jika ada majlis antara kami, saya akan maklumkan tetapi saya tidak berjanji untuk membuat pengumuman rasmi," katanya.

Laporan media sekitar bulan lalu menyebut, Wak Doyok dan Azrinaz telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.
Powered by Blogger.