F Jennifer Lawrence Raih Pendapatan Tertinggi Dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jennifer Lawrence Raih Pendapatan Tertinggi Dunia

Jennifer Lawrence menjadi aktres wanita menerima bayaran tertinggi di dunia tahun ini, masuk tahun kedua berturut-turut, diikuti Melissa McCarthy, di tempat kedua, lapor majalah Forbes.

Forbes berkata, Lawrence, bintang francais Hunger Games, memperoleh AS$46 juta (RM185.30 juta) sebelum cukai dalam tempoh 12 bulan, sebahagiannya untuk bayaran pendahuluan bagi filem yang akan datang dibintanginya, Passengers. Pendapatan itu menunjukkan penurunan sebanyak 11.5 peratus daripada jumlah diperolehnya pada 2015.

McCarthy pula memperoleh pendapatan AS$33 juta (RM132.93 juta), meningkat AS$10 juta (RM40.28 juta) daripada anggaran tahun sebelumnya, sebahagiannya hasil bayaran filem penghasilan semula Ghostbusters.

Scarlett Johansson yang berlakon dalam Captain America: Civil Wars, berada di tempat ketiga dengan AS$25 juta (RM100.71 juta), menurun hampir 30 peratus berbanding 2015.

Di tempat keempat, Jennifer Aniston AS$21 juta (RM84.59 juta); diikuti Fan Bingbing As$17 juta (RM68.48 juta); Charlize Theron AS$16.5 juta (RM66.47 juta); Amy Adams AS$13.5 juta (RM54.38 juta); Julia Roberts AS$12 juta (RM48.34 juta); Mila Kunis AS$11 juta (RM44.31 juta) dan di tempat ke-10, Deepika Padukone AS$10 juta (RM40.28 juta).

Padukone, seorang aktres India, satu-satunya muka baharu dalam senarai itu. Carta ini dibuat berdasarkan pendapatan bermula 1 Jun 2015 hingga 1 Jun tahun ini sebelum ditolak cukai.
Powered by Blogger.