F JDT - Perak seri 1-1 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

JDT - Perak seri 1-1

JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berpuas hati apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas sekadar terikat 1-1 dalam saingan peringkat kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Dalam saingan tersebut, Skuad Seladang terlebih dahulu memperoleh gol pendahuluan menerusi sepakan percuma seawal minit ke-2 apabila kapten JDT, Safiq Rahim dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan pemain lawan.

Tersentak dengan gol berkenaan, tuan rumah kembali menguasai permaian  apabila beberapa serangan bertali-arus berjaya dilancarkan namun gagal menembusi gawang lawan.

Kesilapan pertahanan Perak, Thiago Junio de Aquino yang menyentuh bola di dalam kotak penalti akhirnya menghukum pasukan pelawat apabila tindakan tersebut dapat dihidu pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan yang terus menghadiahkan sepakan penalti.

Safiq Rahim menebus kesilapan menjadi punca gol pendahuluan Perak apabila dengan tenang meledak masuk gol penalti yang gagal dibaca penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim pada minit ke-15.

Penghujung babak pertama, duo sensasi JDT, Martin Lucero dan Pareyra Diaz yang kelihatan bersemangat cuba melancarkan serangan dari bahagian tengah namun gerakan mereka dapat dibaca pertahanan lawan.

Babak kedua bermula menyaksikan The Boss Gaurus yang mula bermain taktikal bertahan hampir diatasi tuan rumah apabila Azinee Taib berjaya menembusi gawang lawan namun sepakannya sedikit tersasar pada minit ke-55.

Perak yang kelihatan sedikit pincang di bahagian tengah walau bagaimanapun masih kebal meskipun diasak bertubi-tubi jentera serangan JDT. Penghujung saingan kedua-dua pasukan yang terikat satu sama dilihat semakin terdesak untuk memperolehi gol kemenangan.

Wisel dibunyikan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang satu mata apabila kedudukan seri satu sama sehingga tamat perlawanan.
Powered by Blogger.