F Jasmin Hamid Terkilan Pusara Ibunya Diceroboh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jasmin Hamid Terkilan Pusara Ibunya Diceroboh

Dramatis terkenal, Jasmin Hamid bengang dan terkilan apabila kubur ibunya di Tanah Perkuburan Subang Jaya, diceroboh.

Memetik laporan BH online, Jasmin berkata, ketika menziarahi pusara ibunya pada pagi semalam, beliau terkejut apabila botol yang ditanam bagi meletakkan bunga dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya terkejut apabila melihat kubur ibu saya berlubang. Apa salah saya sehingga orang sanggup membuat perkara yang tidak bertanggungjawab sebegitu?

"Saya bukannya buat perkara yang khurafat. Kenapa ada yang mendengki? Kalau nak diikutkan, ia hanyalah perkara kecil. Cuma saya tertanya-tanya kenapa mereka buat begini?" katanya

Ibu pelakon drama Lara Aishah itu, Khadijah Adnan, 62, meninggal dunia tiga bulan lalu.

Dalam pada itu Jasmin berkata, beliau sedia berdepan dengan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Saya tidak mahu ambil sebarang tindakan. Lagipun saya tidak tahu siapa yang buat begitu. "Tetapi jika ada yang tidak berpuas hati dengan saya, datang dan jumpa saya. Tertanya-tanya juga, ada ke yang sakit hati dengan saya?" ujarnya.
Powered by Blogger.