F Jared Leto Dituduh Lakukan Gangguan Seksual | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jared Leto Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Gara-gara peranannya yang melakonkan watak sebagai Joker, bintang terkenal, Jared Leto, 44, dikatakan berkelakuan di luar batasan kerana melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang pelakon wanita filem 'Suicide Squad'.

Pelakon yang dikenali sebagai Ariana Bellamar itu mengaku menjadi mangsa aksi nakal Leto. Menurut Bellamar, dia kerap diraba oleh Leto ketika mereka bertemu di lokasi penggambaran.

Jelas aktres itu, ketika penggambaran di sebuah kelab malam di Toronto pada Jun 2015, sewaktu melakonkan salah satu adegan filem itu, Leto berkelakuan menggosokm celah kelakangan dan menunjukkan seluar dalam beliau dan membuat nada menggeram dan merapati tubuhnya.

"Dia tidak menyembunyikan apa-apa. "Dia melakukannya setiap kali dia berjalan di depan saya, katanya seperti yang dilaporkan Radaronline.com

Walaupun pada mulanya dia berasa lucu dan tertawa namun lama-kelamaan dia mula menyedari berasa terganggu dengan sikap dan kelakuan pelakon berusia 44 tahun itu.

"Saya bukan seorang yang kolot, Saya seoarang yang mudah. "Tetapi sikapnya itu menyeramkan. Saya benar-benar tidak bersedia. Dan kelakuannya itu sama sekali tidak patut," katanya.

Tambah Bellamar lagi, Leto tidak berasa bersalah dengan kelakuannya itu, sebaliknya beliau mendakwa bahawa itu adalah "kaedah lakonan" sepanjang 21 jam penggambaran itu dijalankan.

Bellamar menyifatkan kelakuan Leto itu sebagai kurang ajar.

"Dia akan pergi ke seluruh tempat dan menjerit bahawa kami semua bernasib baik kerana kemunculannya

"Saya sangat memahami dan boleh menghormati mengenai kaedah lakonan, tetapi beliau juga sepatutnya perlu menghormati pelakon-pelakon lain dan juga kru-kru produksi," katanya.

Sementara itu, wakil jurucakap Leto menyangkal tuduhan tersebut.

"Tentunya itu adalah bohong. Pengakuan itu adalah hal yang benar-benar keliru," ujarnya

Setakat ini, masih belum ada penjelasan lebih lanjut daripada vokalis kumpulan '30 Second to Mars' mengenai dakwaan tersebut.
Powered by Blogger.