F Jadual baru Yana Samsudin sebagai ibu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jadual baru Yana Samsudin sebagai ibu

Kalau sebelum ini pasangan Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari hidup berdua sahaja, kini mereka sudah bertiga. Dikurniakan putera sulung pastinya merubah segala diari kehidupan mereka sebagai pasangan suami dan isteri.

Jadi, apabila sudah bergelar sebagai ayah dan ibu, sudah tentu ada jadual baru. Tertarik dengan perkongsian yang dimuat naik oleh figura ibu tersebut, Kakigosip dengan ini kongsikan dengan anda.

Mungkin boleh dijadikan panduan.

Menurut Yana menerusi gambar dan kapsyen yang dimuat naik di laman sosialnya semalam, berkata, kalau dulu jam penggera digital dikunci untuk mesyuarat dan perjumpaan tertentu, namun pada kali ini agak berbeza dengan kehadiran cahaya matanya.

“Jadual hidup baru! Kalau terlupa jugak tak tahu lah. Ini alarm disiplin saya yang baru. Dulu, alarm saya pergi kerja, photoshoot lah, shooting lah, appointment lah, tapi sekarang alarm saya penuh macam ini.

“Tapi kekadang terawal sikit 1/2 jam. Ada tu baby tidur tak bangun-bangun jenuh nak kejut sebab nak kena bagi minum jugak. (Sebab kena kuning). Orang lain tak tahu lah macam mana gayanya.

“Tapi jangan pulak buka sound kuat-kuat karang rasa annoying sendiri. Eh yangg jam 3 petang tu tambahan suami saya letak, jadi tiap hari ada reminder tambahan ni berbunyi hahahahaa... Ok, selamat minum petang semua,” coretnya menerusi Instagram.
Powered by Blogger.