F Isu Video Parodi: Mana Saya Hendak Letak Muka? - Yuna | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Video Parodi: Mana Saya Hendak Letak Muka? - Yuna

Ekoran penyiaran video parodi lakonan Jihan Muse dan Syuk Balas berkaitan lagu Crush nyanyiannya dan Usher yang ditayang di program hiburan MeleTOP milik Astro yang sekaligus mencetuskan isu baru-baru ini, penyanyi antarabangsa Yuna menyifatkan perkara tersebut tidak patut berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, Yuna, 29, berkata, dia terpaksa tampil menyuarakan rasa tidak puas hati disebabkan tidak mahu perkara itu tersebar dan diketahui peminat di sana.

"Saya rasa ada segelintir pihak di sini tidak faham dengan situasi saya di sana. Saya memang patut bersuara untuk menjelaskan perkara sebegitu kerana ia boleh menjejaskan kerjaya saya di sana, katanya.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai kini menetap di Los Angeles, AS dan semakin mencipta nama di sana menerusi lagu berkenaan.

Terdahulu, pihak penerbitan MeleTOP sudah memohon maaf kepada Yuna pada 5 Ogos lalu berikutan penyiaran video parodi terbabit dalam program berkenaan yang ditayangkan pada 2 Ogos lalu.

Video parodi lagu Crush itu menampilkan Jihan dan Syuk yang digelapkan wajahnya seolah-olah ia Usher yang berkulit hitam.

Yuna berkata, ia bukan pertama kali video parodi mengenainya dibuat dan dia bukan tidak boleh menerimanya sebagai gurauan, tetapi apabila membabitkan soal perkauman, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kebanyakan orang yang bekerja dengan saya di sana (AS) adalah golongan kulit hitam termasuklah Usher. Mana saya hendak letak muka apabila mereka dapat tahu ia menjadi bahan gurauan di Malaysia?€ katanya.

Penyiaran video terbabit juga membuatkan Yuna turut dihentam pengguna Internet yang mengungkit kembali insiden dia berpelukan dengan Usher dalam satu persembahan di AS yang menjadi viral™ di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Yuna berkata, orang tidak akan faham situasi sebenarnya apabila ia berlaku.

"Perkara sebegitu sangat sukar untuk dijelaskan dan cuma saya sendiri tahu apa yang saya lakukan.

"Ia hanya tanda penghormatan terhadap Usher yang saya anggap sebagai sahabat rapat. Lagipun, tiada langsung unsur seksual yang berlaku di pentas," katanya.
Powered by Blogger.