F Isu Namewee Hina Islam : Seniman Buat Laporan Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isu Namewee Hina Islam : Seniman Buat Laporan Polis

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis berhubung tindakan Namewee yang sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila lelaki itu memuatnaik video lagu Oh My God yang didakwa menghina agama Islam.

Klip selama 4.05 minit itu turut menampilkan sebuah kumpulan lelaki dari Taiwan dikenali sebagai Nine-One-One.

Memetik laporan BH online, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata tindakan Namewee mencemarkan agama Islam dan mencalarkan imej negara di mata dunia.

"Tindakan biadap dan tidak beretika Namewee dianggap sebagai cubaan untuk menggugat, mencemar perpaduan dan keamanan negara, malah boleh menyebabkan negara kucar-kacir jadinya," katanya.

Selain salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, semalam, SENIMAN turut menyerahkan surat bantahan kepada Pegawai Khas Kanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jamawi Ja'afar.

Beliau berkata, surat bantahan itu bagi memohon pihak kementerian mengambil tindakan tegas dengan menarik semula lesen syarikat produksi Namawee.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, yang kini berada di luar negara sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dengan mempersendakan lagu Negaraku.
Powered by Blogger.