F Isteri hamil Fahrin yang alami alahan pelik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Isteri hamil Fahrin yang alami alahan pelik


Kebiasaannya apabila wanita hamil mereka akan mengalami alahan, sama ada alahan itu teruk atau biasa sahaja. Sebaliknya, pelakon Fahrin Ahmad pula mengalami alahan pelik.

Menurut Fahrin, pada awal kehamilan isterinya, Elena dia berasa hairan kerana kerap minum air berkarbonat selama seminggu.

"Isteri saya alhamdulillah tidak alami sebarang alahan lagi, tetapi saya masih ingat semasa di peringkat awal kehamilannya. Saya kuat minum air bergas setiap hari selama seminggu. Jika diikutkan, saya bukanlah jenis yang minum air gas, saya lebih suka minum air mineral sahaja," ujar Fahrin bakal bergelar bapa Oktober depan.



Fahrin ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran pencukur baru, Gillete Mach3, berkata, beberapa tahun lalu pernah mencuba produk mereka juga, namun dengan produk terbaru kali ini isterinya turut memuji kebaikan produk itu.



“Isteri saya memang akan komen andai ada luka-luka kecil pada wajah saya selepas bercukur. Namun selepas menggunakan pencukur terbaru Gillete Mach3, isteri saya memang suka dan selesa, sebab kesan cukuran pada wajah bersih sahaja.

“Sebenarnya kalau cukuran tidak bersih, tambah pula pencukur tidak baik, memang akan menggugat emosi kita seharian itu,” jelas Fahrin sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Fahrin kini lebih aktif mengacara berbanding berlakon. Namun aktor itu juga mengakui bahawa dia sebenarnya amat merindukan dunia lakonan.

“Secara rasminya saya sekarang memang sudah lebih ke arah bidang pengacaraan. Tidak ada sebab lain kenapa sudah tidak aktif berlakon melainkan hanya kerana jadual yang cukup padat menjadikan kekangan buat saya untuk menerima tawaran berlakon,” katanya.
Powered by Blogger.