F Indah tamatkan zaman bujang Mac 2017 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Indah tamatkan zaman bujang Mac 2017

Selepas tiga tahun bergelar sebagai tunang kepada lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai ‘R’ sahaja, penyanyi Indah Ruhaila kini merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada bulan Mac tahun depan di Johor Bahru.

Menurut Indah, majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan secara santai dan sederhana sahaja. Bagaimanapun Indah berkata, tarikh tetap masih belum diputuskan lagi namun akan diadakan pada waktu cuti persekolahan.

Tambah pelantun lagu Di Sebalik Takdir itu lagi, keputusan untuk mendirikan rumah tangga itu dibuat atas persetujuan kedua belah pihak keluarga mereka.

Terdahulu Indah dan pasangan pilihan hatinya telah bertunang seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013.

Sebelum ini, hubungan pertunangan Indah juga pernah didakwa sudah menemui kegagalan namun itu hanyalah spekulasi semata-mata sahaja kerana melihat tempoh tali pertunangan mereka agak lama.

Inilah yang dikatakan jodoh, biarpun lama tempoh pertunangan itu, kalau sudah takdir menentukan segalanya, maka tiada yang mustahil. Semoga segala persiapan Indah berjalan dengan lancar.
Powered by Blogger.