F Indah Ruhaila Sangkal Dakwaan Putus Tunang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Indah Ruhaila Sangkal Dakwaan Putus Tunang

Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah, Indah Ruhaila, mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya dengan pemuda yang juga seorang pengurus akaun pada Mac tahun hadapan.

Memetik laporan mStar online, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, berkata, ia juga menamatkan segala spekulasi yang kononnya pertunangan dia selama tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai R itu sudah berakhir.

Tambahnya, keputusan itu dicapai oleh keluarga kedua-dua belah pihak pada Ramadan lalu selepas merasakan ia adalah masa paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

"Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang.

"Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat.

"Insya-allah akan majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat," ujarnya.

Powered by Blogger.