F #iKoncertinMalaysia: Pokemon Dilarang 'Masuk'! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

#iKoncertinMalaysia: Pokemon Dilarang 'Masuk'!

Mula mencuri perhatian semenjak muncul dalam program realiti 'survival' Win: Who is Next, meskipun ketika itu kemenangan bukan berpihak kepada mereka.

Kemudian, bakat dan kreadibiliti Bobby (21 tahun), B.I (20 tahun), Jinhwan (22 tahun) bersama Junhoe (19 tahun), Donghyuk (19 tahun) dan Yunhyeong (21 tahun) bersama tiga calon anggota baharu sekali lagi diuji di program realiti 'survival' pentas Mix & Match" (2014) sebelum mereka betul-betul layak digelar artis.

Pada September 2015, akhirnya iKon yang lengkap dengan tujuh anggota (ahli baharu iaitu Chanwoo, 18) memulakan langkah sebenar mereka di arena muzik dengan taruhan album Welcome Back dan single berjudul My Type.

Impresif, kerana kumpulan yang dilahirkan label berpengaruh YG Entertaiment ini pantas meraih sokongan iKonic (gelaran untuk peminat) bukan saja di Korea malah di peringkat antarabangsa sekaligus mencatat pencapaian meraih jualan lebih 200,000 album dan lebih 4.5 juta (digital). Bahkan, ramai menyebut iKon bakal menggantikan kumpulan sensasi, Big Bang.

Dan pada Sabtu lalu, bertempat di Stadium Merdeka, iKon menamatkan penantian iKonic Malaysia dengan konsert pertama mereka. Iyalah bak kata peminat, "Tak sangka, iKon yang buat konsert dulu kat sini daripada Winner".

Atas nama 'iKoncert 2016 Showtime Tour', Kuala Lumpur merupakan lokasi kelima destinasi jelajah Asia mereka selepas Taiwan, China, Hong Kong, Thailand dan Singapura.

Sebaik saja pengacara memulakan kata-kata aluan serta tidak lupa mengingatkan peminat supaya tidak mengambil kesempatan 'memburu' Pokemon,) seluruh stadium terus 'panas' apabila iKon memulakan persembahan kira-kira jam 7.45 malam. Mereka tampil dengan persembahan cukup bertenaga menerusi dendangan lagu antaranya Rhythm Ta, Dumb & Dumber dan Sinosijak.

"Apa khabar Malaysia!!, Selamat datang ke konsert Showtime! Ini kali pertama kami ke sini. Kami gembira dan sangat teruja untuk menghiburkan ikonic, malam ini," kata Jinhwan ketika gilirannya memperkenalkan diri.

Tidak menggunakan khidmat penterjemah (seperti yang biasa ada setiap kali di konsert KPop), sebalik iKON nampaknya selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Malah antara mereka cuba bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun hanya satu perkataan iaitu "bagus" yang tidak putus-putus mereka sebut sejak dari awal persembahan akhir dan usaha tersebut sekurang-kurangnya berjaya mencuit hati penonton.

Selama lebih kurang dua jam persembahan, konsert yang dibanjiri lebih 3,000 penonton ini terus rancak dengan deretan lagu daripada genre Hip Hop, Pop, Rock hinggalah berentak balada. Antara lagu lain yang dipersembahkan seperti My Type, Today, Apology, Airplane, Wait For Me, M.U.P, I Miss You So Bad, What Wrong dan Just Another Boy. Bukan setakat mempamerkan skill tarian, iKon membuktikan kemampuan mereka bernyanyi secara live.

Tidak cukup dengan itu, dua anggota yang memang cukup dikenali dengan bakat dan skill rap mereka iaitu Bobby dan B.I, masing-masing tampil dengan persembahan secara solo menerusi lagu Go dan B.I. Kemudian suasana tambah hangat apabila dua rapper yang juga sinonim dengan panggilan "Double B" ini mempersembahkan lagu berjudul Anthem - peminat ikut sama menyanyi dan menari. Tambah istimewa, iKon bikin stadoum bergema menerusi lagu cover Bang Bang Bang (BigBang).

Seperkara lain yang mencuit hati dan menghiburkan penonton apabila iKON turut menonjolkan sisi nakal dan lucu mereka sepanjang di pentas. Kemunculan Jinhwan dengan gaya seperti salah seorang ahli kumpulan terhangat, Gfriend, mengundang gelak dan sorakan penonton. Tampil dengan outfit mini gaun, anggota yang juga digelar sebagai 'the next Taeyang (BigBang) ini mempersembahkan parodi lagu Me Gustas Tu, disamping diiringi empat penaris wanita.

"Hai semua, saya bukan Jinhwan." katanya dengan gaya malu-malu sambil dibals dengan sorakan penonton.

"Ok, untuk persembahan seterusnya, istimewa untuk anda semua, kami bawakan sebuah kumpulan yang paling seksi di dunia. Anda semua mahu berkenalan dengan mereka? Boleh saya jemput mereka ke pentas sekarang...?, tanyanya kepada penonton sebelum memanggil anggota lain naik ke pentas untuk persembahan parodi seterusnya dengan lagu Up & Down (Exid).

EXID Cover . #ikoninmalaysia #ikonic #kpopmedia #carimalaysia #cari
Powered by Blogger.