F Ikhwan (Kool FM) Mengaku Bercinta Dengan Janda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ikhwan (Kool FM) Mengaku Bercinta Dengan Janda

Penyampai Kool FM, Ikhwan, 33, mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang ibu tunggal beranak satu sejak empat bulan lalu.

Memetik laporan BH online, Ikhwan atau nama penuhnya Mohd Khairul Ikhwan berkata, wanita yang dikenali sebagai Hidayu itu bekerja di bawah naungan syarikat sama dengan dirinya, Media Prima Berhad.

Ia juga hubungan cinta terbaharu personaliti radio terbabit selepas berdepan dugaan putus tunang sebanyak dua kali sebelum ini, masing-masing pada 2007 dan 2014.

"Sudah lama saya mengenalinya, cuma baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang serius.

"Bagaimanapun, hubungan ini masih dalam peringkat mengenali hati budi. Paling penting, ibu bapa kami maklum mengenai perhubungan ini," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Ikhwan berkata, status ibu tunggal disandang wanita berkenaan bukanlah masalah buatnya asalkan pasangannya itu bukanlah milik lelaki lain.

Malah menyifatkan jalinan cinta yang dilalui kali ini sangat berbeza kerana beliau turut dapat berkongsi kasih sayang dengan anak lelaki buah hatinya itu.

"Tidak seperti perhubungan sebelum ini, saya sendiri tidak sangka akan memilih seorang ibu tunggal. Asalkan saya tidak berhubungan dengan isteri orang, ia bukannya satu masalah.

"Seronoknya, saya turut dapat bermesra dengan anak lelakinya yang mempunyai sama minat dengan saya, iaitu bermain permainan video. Kiranya, kami boleh borak panjanglah," selorohnya.

Ikhwan turut berkata, memandangkan dirinya pernah mengalami peristiwa putus tunang beberapa kali, beliau enggan lagi melalui ikatan itu kali ini. Sebaliknya jika jodohnya sampai bersama wanita terbabit, beliau mahu terus berkahwin.
Powered by Blogger.