F Hubungan Makin Intim, Kini Tinggal Sebumbung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hubungan Makin Intim, Kini Tinggal Sebumbung

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan hubungan cinta antara Gigi Hadid, 21, dan Zayn Malik, 23, sudah pun berakhir. Namun dakwaan tersebut tidak benar. Sebaliknya hubungan pasangan ini semakin serius.

Menurut sumber, Gigi dan Zayn kini sudah tinggal sebumbung. Model dan personaliti TV itu memilih untuk berpindah ke kediaman kekasihnya di Los Angeles. Pasangan ini juga dikatakan tidak boleh berjauhan lebih daripada 10 hari.

"Zayn dan Gigi sudah pindah ke Los Angeles. Zayn saat ini sangat sibuk menghias rumah dan membeli beberapa lukisan agar kediaman mereka benar-benar seperti rumah pasangan yang hidup bersama," ungkap sumber seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Sebelum ini, Zayn harus membatalkan penampilannya di ajang Summertime Ball pada Jun lalu kerana mengalami masalah kegelisahan.

Hal tersebut ternyata semakin membuatkan pelantun hits 'Pillow Talk' ini menghargai wanita itu kerana terus berada di sampingnya saat dia menghadapi masa-masa yang sukar ketika itu.

"Zayn melihat Gigi sentiasa terus berada di sampingnya. Mereka sama-sama saling jatuh cinta," kata sumber itu lagi.

Gigi dan bekas anggota kumpulan One Direction oyu mula menjalinkan hubungan sejak tahun lalu.
Powered by Blogger.