F Hefny Sahad Tidak Kecil Hati Dakwaan Digam Astro | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hefny Sahad Tidak Kecil Hati Dakwaan Digam Astro

Pelakon dan pengacara Hefny Sahad, 27, reda dan bersikap profesional apabila didakwa tiada liputan untuknya daripada program hiburan Hlive! selepas dia mengambil keputusan meninggalkan program tersebut April lalu.

Memetik laporan mStar online, Hefny, berkata, dia memahami keadaan tersebut berlaku apabila membuat keputusan memilih untuk bekerja di bawah program hiburan bawah stesen televisyen lain.

"Setakat ini hubungan saya dengan rakan-rakan di Hlive! baik-baik sahaja dan tidak tahu pula tentang saya kena banned oleh program itu.

"Tapi secara profesionalnya saya tidak kecil hati atau terasa kerana ia mungkin disebabkan saya beralih ke program televisyen lain yang menjadi pesaing program Hlive!," ujarnya.

Hefny menjelaskan dakwaan bahawa terdapat larangan membuat liputan terhadap pengacara dan pelakon itu selepas dia mengambil keputusan beralih ke program hiburan lain.

Hefny kini mengendalikan rancangan hiburan Pop TV bersama Nana Mahazan yang disiarkan TV9 pada setiap Ahad, jam 9.30 malam.

Bagaimanapun, Hefny berkata, dia tidak digam oleh stesen televisyen Astro kerana mempunyai beberapa projek bersama radio dan drama bawah stesen berkenaan.

"Saya sekarang menjadi penyampai sambilan untuk radio Sinar FM bersama Linda On setiap hujung minggu. Selain itu, Insya-Allah akan terlibat dengan sebuah drama yang akan disiarkan di Astro Ria," ujarnya.

Powered by Blogger.