F Hampir maut, Awi Rafael insaf | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Hampir maut, Awi Rafael insaf

Tiga bulan yang lalu, penyanyi Awi Rafael diberitakan telah terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya berhampiran kediaman rumahnya,  Casa Tropicana, Kota Damansara.

Dalam pada itu, Awi memberitahu, jarak kesan hentaman di belakang kepalanya begitu hampir dan boleh membawa maut.

"Jarak kesan hentaman yang berlaku di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut," ujarnya.

Sejak itu, Awi menyatakan selepas ini dia lebih akan banyak melibatkan diri dalam program amal dan tidak akan mengejar duniawi semata-mata.

Syukur kerana masih diberikan peluang kedua. Semoga dengan kesempatan dan peluang yang diberikan untuk Awi berhijrah akan terus konsisten dan tabah dalam menjalani ujian serta dugaanNya.
Powered by Blogger.