F Guru dijangkiti kencing tikus meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Guru dijangkiti kencing tikus meninggal dunia

Guru lelaki yang dilaporkan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dipercayai dijangkiti penyakit leptospirosis atau kencing tikus meninggal dunia, malam ini.

Guru SMK Tunku Seri Indera Putra, Jitra itu, Mohd. Yusri Yaccob,42, disahkan meninggal dunia pada jam 8.05 malam.

Adik mangsa, Mohd. Yusman, 35, berkata,abangnya menghembuskan nafas terakhir akibat pendarahan otak dan kegagalan fungsi beberapa organ utama seperti jantung dan paru-paru.

"Walaupun sedih dengan pemergiannya, namun kami redha  dengan ketentuan ini," katanya.

Menurutnya, jenazah abang sulungnya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Rentang, Jitra esok.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, mangsa telah mengikuti aktiviti Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia peringkat negeri pada 17 hingga 20 Julai lalu di Pusat Kokurikulum Daerah Baling (Kem Jerai).

"Ia melibatkan aktiviti sukan air di Sungai Baling yang  disertai seramai 106 pelajar dan guru.

Menurut Norhizan, namun demikian sehingga kini, tiada peserta lain yang mengalami gejala yang sama.

"Pejabat Kesihatan Daerah Baling memaklumkan bahawa Sungai Baling bukan tempat perkelahan dan setakat ini, tiada kes kencing tikus dilaporkan yang berpunca dari kawasan tersebut,"katanya.
Powered by Blogger.