F Guna kemudahan pawagam Jalan Ampas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Guna kemudahan pawagam Jalan Ampas

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berharap penggiat filem tempatan tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan Pawagam Jalan Ampas yang terletak di bangunan baharu Aswara di sini bagi menayangkan filem mereka.

Rektor Aswara, Prof Dr Hatta Azad Khan berkata, pawagam itu boleh memuatkan kira-kira 130 orang.

Menurut beliau, standard pawagam itu menyamai pawagam milik swasta dan setara dari segi sistem bunyi dan sistem pencahayaan.

"Ia sesuai untuk tayangan filem berskala kecil, tayangan perdana atau eksklusif terutama bagi penggiat filem tempatan," katanya kepada pemberita selepas satu tayangan filem di sini, hari ini.
Powered by Blogger.