F Gosip putus cinta dengan Kamal Adli : "Doakan yang terbaik" - Emma Maembong | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gosip putus cinta dengan Kamal Adli : "Doakan yang terbaik" - Emma Maembong

Sebelum ini timbulnya satu spekulasi kononnya hubungan antara pelakon popular iaitu Emma Maembong dan Kamal Adli telah putus di tengah jalan.

Pun begitu menurut empunya diri berharap agar netizen mendoakan hubungan mereka baik.

"Saya tak pernah bagi kenyataan saya pernah bercinta atau apa pun sebelum ini, tidak pernah. Akan tetapi kami masih lagi berkawan dan tak gaduh. Jadi macam sekarang ini saya mohon orang doakan yang terbaik sahaja.

"Kalau jodoh saya sampai hingga ke jenjang pelamin alhamdulillah, kalau sebaliknya tak sampai, doakanlah juga siapa pun jodoh saya," ujar Emma ketika ditemui pada program Raya Sakan Selebriti bertempat di Beranda Kasih, Hulu Langat, Selangor.

Diajukan soalan bagaimanakah reaksi Emma apabila Kamal seperti sudah menunjukkan usahanya untuk memperisterikannya, Emma dengan tenang menjawab;

"Dalam hidup kita, setiap perkara yang kita lakukan akan ada usahanya, baik dari segi berumah tangga ataupun hal-hal lain, kita mesti kena usaha. Tapi kita hanya merancang Allah menentukan.

"Jadi mungkin niat dia berusaha untuk menjadikan saya sebagai isteri dia, kalau jodoh kami panjang alhamdulillah. Tapi saya tak boleh cakap iya ataupun tidak sebab soal jodoh saya sangat tak berani," terang Emma mengharapkan suami yang terbaik.
Powered by Blogger.