F Gambar Zain Saidin digunakan sebagai modal tarikan kerja | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gambar Zain Saidin digunakan sebagai modal tarikan kerja

Kakigosip difahamkan gambar pelakon dan model terkenal Zain Saidin telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menarik minat orang ramai bagi menyertai pekerjaan dalam talian.

Memetik laporan melalui portal hiburan berlainan, suami kepada aktres popular, Rozita Che Wan; Zain berkata, dia tidak tahu dan menyedari akan perkara tersebut.

Paparan gambar tersebut telah digunakan dalam sebuah laman web yang memaparkan artikel bagaimana seseorang itu boleh meriah pendapatan puluhan ribu selepas menyertai aktiviti tersebut.

Walau bagaimanapun, Zain mengulas lanjut, dia telah mengarahkan pihak pengurusannya untuk menyiasat tentang masalah terbabit.
Powered by Blogger.