F Gadis hampir pengsan dilanyak ‘geng isteri' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Gadis hampir pengsan dilanyak ‘geng isteri'

Seorang wanita muda hampir pengsan apabila diserang sekumpulan wanita yang dipercayai rakan dan saudara isteri teman lelakinya.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, insiden tersebut berlaku di tepi jalan sebuah bandar di China.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke media sosial di negara tersebut sebelum menjadi viral dan mengundang kritikan orang ramai.

Video berdurasi 58 saat itu menyaksikan seorang wanita muda yang digelar ‘perempuan simpanan’ oleh kumpulan terbabit dipukul, ditampar, dicekik dan disepak beramai-ramai oleh kumpulan itu.

Kumpulan tersebut bukan sahaja memukul dan membelasahnya, malah mereka juga turut cuba menanggalkan pakaian mangsa.

Seorang kanak-kanak lelaki turut dirakam bertanya mengapa wanita itu diperlakukan sebegitu rupa.

Namun tidak seorang pun wanita dalam video berkenaan membalas soalan kanak-kanak itu.

Gadis itu bagaimanapun tidak mampu melawan dan hanya mampu menangis.
Powered by Blogger.