F G-Dragon Terharu Peminat Buat Kebajikan Bersempena Hari Lahirnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

G-Dragon Terharu Peminat Buat Kebajikan Bersempena Hari Lahirnya

PENYANYI G-Dragon terharu apabila peminat setianya memberi derma kepada beberapa badan kebajikan bersempena dengan hari jadinya yang disambut pada 18 Ogos lalu.


Soompi melaporkan G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong, 28, bertambah terharu apabila ada di antara peminat meletakkan namanya sebagai penderma sebagai hadiah untuknya.

Peminatnya memilih badan kebajikan kanak-kanak termasuk Tabung kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menghulurkan bantuan.

G-Dragon yang juga ahli kumpulan Big Bang turut memuat naik gambar sijil derma tertera namanya yang dihantar peminat kepadanya di Instagram bagi mengucapkan terima kasih selain menghargai usaha mereka.

Ada di antara peminat yang menyumbang USD14,000 (RM560,000) kepada badan kebajikan.

"Mengagumkan! Bangga!," tulisnya pada kepsyen gambar dimuat naik.
Powered by Blogger.