F Finas: Sedia rombak semula | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Finas: Sedia rombak semula

KETUA Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman akui memandang serius terhadap semua luahan dikemukakan.

Beliau yang ditemui ketika program #tanyaFinas 2.0, bersedia merombak semula keputusan berhubung pembahagian kategori utama berasaskan bahasa pada Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).

“Kita akan ambil semua cadangan dan pendapat ini sebagai maklum balas.

Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan dapat ditentukan selepas mengadakan perbincangan dengan penganjur bersama, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan juga kementerian.

“Oleh itu, kita akan duduk balik dengan ahli jawatankuasa FFM serta kementerian untuk mengkaji dan mencari cara terbaik bagi menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

“Namun, memandangkan tempoh malam akhir FFM28 kurang sebulan, saya tidak janji perubahan besar dibuat saat akhir,” katanya.

FFM28 mencetuskan kontroversi apabila mengasingkan pencalonan mengikut bahasa bukan Malaysia bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Rentetan isu itu, FFM28 menerima kritikan daripada penggiat seni tanah air termasuk pembikin filem, Afdlin Shauki yang mengumumkan boikot tahun ini.

Tidak hanya itu, malah pengarah seni filem Bravo V, Md Noor Kassim, yang dicalonkan untuk kategori Sinematografi Terbaik dalam FFM28 juga menarik diri selain bertindak mengembalikan semula dua trofi FFM yang dimenanginya sebelum ini, sebagai manifestasi penentangan terhadap festival tersebut.

Mengakui tidak terkesan dengan situasi yang melanda, Kamil sebaliknya menghormati pendirian setiap individu.

"Sebagai negara demokrasi, setiap individu berhak menyuarakan pendapat."Sebagai negara demokrasi, setiap individu berhak menyuarakan pendapat.

“Setiap individu berhak setuju atau tidak. Macam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga, masa mula-mula dilaksana, adamembantah, ada setuju. Pendek kata, kita ambil masa untuk terima.

“Begitu juga pengasingan kategori FFM kali ini. Kita akur jika ada mahu tarik diri dan memulangkan semula pencalonan mereka andai apa yang mereka lakukan itu pada masa ini adalah terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Kamil turut menyifatkan majlis menyuarakan cadangan (#tanyaFinas 2.0) mencapai sasaran dan berpuas hati.
Powered by Blogger.