F Finas Jangan Asingkan Kategori Filem Berdasarkan Bahasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Finas Jangan Asingkan Kategori Filem Berdasarkan Bahasa

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FFM) 2016.

Beliau berkata, industri perfileman perlu menjadi contoh kepada industri lain untuk menyatukan rakyat Malaysia.

"Mengapa mengasingkan. Jangan wujud pengasingan dalam budaya, sukan dan bidang lain yang menjadi medium perpaduan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas mengenai keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam bahasa Malaysia dan bukan dalam bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival filem itu kali ini.

Filem 'Ola Bola' dan 'Jagat' yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

"Ia mengejutkan filem seperti Ola Bola and Jagat tidak dicalonkan di bawah kategori bahasa Malaysia," kata Dr Subramaniam.

Sabtu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilapor sebagai berkata, beliau akan berbincang isu berkenaan dengan Finas.
Powered by Blogger.