F Fattah & Sherry putus cinta kerana wanita instafamous | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fattah & Sherry putus cinta kerana wanita instafamous

Sebelum ini pelakon Fattah Amin mengaku bahawa dia dan Sherry masing-masing sudah sepakat untuk menamatkan hubungan cinta mereka tanpa mendedahkan perkara sebenar.

Bagaimanapun, terbaru timbul lagi dakwaan kononnya hubungan mereka berakhir kerana berpunca daripada orang ketiga yang bernama Hanis.

Wanita yang didakwa sebagai punca keretakkan hubungan pasangan pelakon popular itu juga dikenali sebagai pengusaha tudung dan Instafamous dengan follower sebanyak 180 Ribu.

Memetik laporan hiburan berlainan berhubung dakwaan tersebut, Hanis berkata, dia agak terkejut dengan perkara tersebut. Pun begitu, Hanis mengaku dia dan jejaka berbadan sado itu merupakan kenalan lama dan berhubung atas urusan kerja sahaja.

Terdahulu Hanis dikatakan ada berjumpa dengan Fattah pada malam hari sekitar jam 11 malam. Jelas Hanis, perjumpaan mereka adalah atas tujuan bagi membincangkan projek mereka, fesyen muslimah terbitan A.Aida Production.
Powered by Blogger.