F Fattah Amin Enggan Isu Putus Cinta Terus Berpanjangan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fattah Amin Enggan Isu Putus Cinta Terus Berpanjangan

Pelakon Fattah Amin enggan memanjangkan berita perpisahannya dengan Sherry Ibrahim selepas aktres itu mendakwa hubungan itu terlerai kerana kemahuan sebelah pihak.

Pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 26, itu berkata, tiada guna dia membalas dakwaan dibuat bekas teman wanitanya itu kerana ia akan menyebabkan isu berkenaan bertambah panas.

"Minta maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.

"Apa yang boleh saya katakan ini adalah ketentuan rezeki, jodoh dan ia tidak berpihak kepada kami," katanya.

Sherry sebelum ini mendedahkan dia terkejut Fattah membuat pengumuman perpisahan mereka kerana terlebih dahulu berbincang akan memaklumkan mengenainya selepas selesai pelancaran single pertamanya.

Katanya, ketika Fattah mengumumkan berita perpisahan mereka, dia sedang bercuti selama seminggu di Doha.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia enggan lagi memikirkan soal itu dan ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.

"Fokus saya adalah meneruskan kehidupan selain memberi tumpuan kepada kerjaya," katanya.

Sementara itu, Fattah memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem KL Special Forces disamping Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

Katanya, walaupun penggambaran mengambil masa hampir tiga bulan namun dia berasa puas kerana dapat berlakon disamping Rosyam yang juga idolanya.

"Jujur saya katakan memang penat kerana tempoh penggambaran yang agak panjang namun semuanya amat berbaloi.

"Saya rasa diri saya kerdil sangat tetapi pada masa sama banyak ilmu yang saya kutip daripada pengalaman berlakon filem ini," jelasnya.

Tambahnya, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Suri Hati Mr Pilot bergandingan dengan Neelofa.
Powered by Blogger.