F Fathia Sangkal Tuduhan Punca Hubungan Kamal, Emma Retak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fathia Sangkal Tuduhan Punca Hubungan Kamal, Emma Retak

Baru-baru ini timbul desas desus mengatakan hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli mempunyai masalah dan mungkin bakal temui jalan buntu. Malah, Emma sendiri meminta agar semua mendoakan sahaja yang terbaik untuk hubungan mereka.

Namun, tidak semena-mena, nama pelakon tinggi lampai, Fathia Latiff turut terpalit sama. Semuanya gara-gara pelakon Ariana Rose itu baru sahaja menjalani penggambaran bersama dengan Kamal di Barcelona.

Terkujut dan tidak percaya dengan desas-desus itu, pelakon berusia 29 ini pantas menafikan. Malah, dia juga tidak pernah walau sekali terfikir akan terlibat dalam masalah percintaan antara kedua-dua pelakon itu.

"Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional.

Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapa pun perlu bersikap profesional.

"Dulu dia pun ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun. Malah, sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang," katanya seperti yang dilaporkan Utusan online.

Sementara mengulas pula mengenai isu dia dikritik gara-gara cara pemakaian tudung Fathia semasa berada di Barcelona, Fathia menganggap kritikan dan komen pedas peminat sebagai satu ruang untuk pelakon ini memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

"Saya akui memang nampak anak rambut itu, tapi biasalah mana-mana wanita yang bertudung pun pasti akan mengalami masalah sama. Malah, saya juga kaburkan gambar itu tapi ternyata masih ada yang mengkritik.

"Allah maha pengampun, saya bukan sengaja hendak tunjuk. Kadang-kadang kita tidak dapat kawal semua, mana yang tidak elok saya cuba betulkan. Kita manusia mana ada yang sempurna,” katanya mengenai tindakannya memuat naik sekeping gambar yang menampakkan anak rambutnya mengundang komen sinis daripada pengguna laman sosial, baru-baru ini.
Powered by Blogger.