F Fasha Sandha lebam di kaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fasha Sandha lebam di kaki



Meskipun bergelar ibu tunggal kepada sepasang permata hati, Fasha Sandha memberitahu dia begitu bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang cukup bijak dan memahami kerjayanya sebagai artis.

"Alhamdulillah mereka anak-anak yang sangat bijak, terutamanya hero saya iaitu Rayfal. Rayfal anak yang sangat menyayangi dan memahami rutin karier saya. Setiap kali pulang ke rumah, Rayfal akan peluk dan cium saya malah mengambil berat terhadap kesihatan saya.
Jadi, hanya seorang ibu yang sudah melalui dan rasa sahaja tahu macam mana perasaan itu.

"Sungguh pun saya sibuk dengan penggambaran, namun saya sentiasa akan meluangkan masa bersama anak-anak pada hujung minggu,” ujarnya seronok menjadi seorang ibu.

Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemaima baru berusia setahun tujuh bulan. Fasha berkongsi kepada Kakigosip dia akan menghantar anak-anaknya ke taska pada awal tahun depan.

“Saya akan menghantar Rayfal dan Jemaima masuk taska bermula Januari tahun depan. Bagi saya elok dihantar pada usia mereka masih awal,” katanya ringkas sambil tersenyum.

Fasha yang ditemui ketika menghadiri majlis sidang media drama terbaru Lara Aishah, terbitan Global Station Sdn Bhd arahan Riza Baharudin, turut berkata, dia mengambil masa selama sebulan sebelum menerima tawaran untuk melakonkan watak utama dalam drama tersebut.

“Berbeza dengan watak-watak dengan yang pernah saya lakonkan sebelum ini, watak heroin drama bersiri 100 episod ini agak berat dan memainkan emosi yang sangat tinggi, ditambah pula karakter watak agak lasak. Jadi sebelum menerima watak itu saya akan terlebih dahulu baca dan fahami skrip tersebut.

“Selain itu, agak mencabar saya juga sebab kena melakonkan watak lasak sampaikan saya lebam-lebam di kaki tanpa sedar. Saya pun sakit juga, namun ini juga merupakan arahan daripada pengarah,” terang Fasha yang tidak kisah melakonkan watak lasak itu kerana mempunyai pengalaman Muay Thai.

Antara artis yang turut membintangi drama Lara Aishah yang akan ditayangkan bermula 29 Ogos 2016 ini seperti Nazim Othman, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham , Watie Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, dan ramai lagi.
Powered by Blogger.