F Fasha Sandha Belum Terfikir Cari Pengganti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fasha Sandha Belum Terfikir Cari Pengganti

Aktres jelita Fasha Sandha, 32, bersukur kerana rezekinya tidak putus-putus semenjak memikul status ibu tunggal kira-kira tujuh bulan lalu.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ketika ditemui berkata, dalam kesibukannya membesarkan anak-anak, dia masih lagi mampu memberikan komitmen terbaik terhadap kerjaya lakonan disamping mengusahakan perniagaannya.

"Saya sibuk besarkan anak-anak. Alhamdulillah, rezeki saya kini melimpah ruah. Setelah bergelar ibu tunggal, ini rezeki paling tinggi yang saya pernah dapat. Anak-anak saya pula, mereka sangat kuat dan tidak banyak ragam. Mereka faham ibu mereka bekerja dan mereka jarang sakit.

"Mulanya saya agak bimbang juga mahu menerima tawaran berlakon drama Lara Aishah ini kerana ini kali pertama saya terlibat dalam episod yang sangat panjang sebanyak 100 episod. Saya risau, saya tidak mampu memberikan komitmen, iyalah keadaan saya dengan anak-anak yang mana mereka sangat memerlukan perhatian saya.

"Syukur, setakat ini saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dan saya tidak menghadapi apa-apa masalah. Walaupun penggambaran mengambil masa yang panjang sehingga bulan November ini, tetapi seminggu sekali saya diberikan cuti. Kesempatan itu saya gunakan untuk luangkan masa sepenuh dengan anak-anak saya," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu, kelmarin.

Dalam pada itu, tumpuan pada kerja dan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 2, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia setahun membuatkan dia tidak terlintas untuk mencari pengganti buat masa ini.

Bagaimanapun Fasha mengakui dia ada didekati dengan beberapa lelaki namun dia sendiri belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sebaliknya lebih selesa hanya sebagai kawan

"Bukan mudah untuk cari pengganti. Apa yang lebih penting pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar.

"Memang ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka," ujarnya.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu.

Sementara menyentuh pula mengenai Lara Aishah, katanya, watak kali ini menuntutnya banyak bermain dengan emosi selain mempotreykan sebagai seorang wanita yang lasak dan kasar.

Mengambil masa selama sebulan untuknya betul-betul menyelami karakter tersebut, Fasha bagaimanapun berjaya kerana jalan cerita naskah arahan Riza Baharudin ini yang berkisarkan hubungan dua darjat sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kehidupan yang pernah dilaluinya dahulu.

"Tak mudah bagi saya untuk menjiwai karakter Aishah kerana saya perlu banyak bermain dengan emosi. Aishah ni seorang yang kasar, memberontak dan sangat benci pada orang kaya. Bagi dia, semua orang kaya itu berhati hitam semuanya gara-gara ada orang kaya yang cuba rampas pasar tempatnya mencari rezeki sedang pasar itu tanah wakaf.

"Jalan cerita drama ini tentang hubungan dua darjat. Sikit sebanyak mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan kehidupan saya pernah. Memang dalam kehidupan realiti pangkat dan darjat boleh membuatkan satu-satu hubungan itu musnah.

"Saya rasa saya dipilih oleh pihak Astro mungkin kerana mereka melihat saya sebagai seorang wanita yang kuat dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan saya.

Selain itu, dalam drama ini Fasha melakukan sendiri beberapa babak stunt seperti babak berlawan, melompat dan memanjat.

"Saya buat staunt sendiri. Antaranya aksi bergaduh dan tidak terlalu sukar kerana saya ada asas dalam Muay Thai, tapi memang kena pukul betul-betul supaya nampak realistik. Syukur saya tak alami apa-apa kecederaan yang teruk tapi cuma lebam-lebam sahaja. Selain itu, saya melompat, panjat lori," kongsinya lagi.

Bakal mula ditayangkan mulai 29 Ogos ini di saluran Astro Prima, drama yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular La Loba ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nazim Othman, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Shah Jaszle dan Dian P Ramlee.
Powered by Blogger.