F Farisha Irwayu Sudah Dilamar Ustaz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farisha Irwayu Sudah Dilamar Ustaz

Pelakon Farisha Irwayu, 47, dilaporkan bakal berkahwin dengan pendakwah berasal dari Terengganu, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar sebelum hujung tahun ini.

Pasangan tersebut saling mengenali menerusi laman sosial sejak tujuh tahun lalu.

Memetik laporan Utusan, Asmawi yang juga merupakan bapa kepada empat anak itu yang kini dalam proses perceraian, akhirnya melamar pelakon tersebut setelah beberapa kali melakukan solat hajat untuk memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.

“Allah membuka jalan kepada saya dalam hubungan ini. Allah menjawab doa-doa dan pertanyaan saya apakah Farisha Ir­wayu ini wanita yang sesuai un­tuk saya jadikan isteri," katanya.

Menurut pengasas Program Imam Muda terbitan Astro Oasis itu, meskipun bakal isteri­nya seorang artis, beliau langsung tidak mempunyai masalah dengan status pekerjaan wanita berkenaan.

"Saya memilih Ayu bukan kerana statusnya sebagai artis. Sama dengan dia, dia sendiri memilih saya bukan kerana saya seorang ustaz atau selebriti agama.

"Saya berharap agar hubungan kami tidak menimbulkan sebarang spekulasi pihak lain kerana niat saya baik iaitu untuk menjadikan dia sebagai isteri yang sah,” katanya.

"Saya tertarik dengan penghijrahan Ayu. Daripada tidak bertudung, sekarang sudah bertudung dan saya melihat penghijrahannya ke arah mencari agama,” katanya.

Selain penceramah bebas, Tuan Asmawi juga penyampai suara latar profesional, konsul­tan produksi TV dan Radio, selain menubuhkan Pusat Perubatan Alternatif Baitul­wa­fi.

Farisha Irwayu pula agak popular sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD, seangkatan dengan nama-nama seperti Liza Abdullah, Maria Farida dan Noniswara. Beliau juga masih aktif berlakon, antaranya dalam drama Cucu Bentong, Cik Bunga Encik Sombong dan Nenek Ranggi.
Powered by Blogger.