F Farah Fauzana pilih ahli perniagaan sebagai bakal suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Farah Fauzana pilih ahli perniagaan sebagai bakal suami

Kakigosip mengucapkan tahniah buat selebriti Farah Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau yang akan menamatkan zaman solonya pada 17 September 2016 bertempat di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara, Selangor.

Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi Fafau turut mendedahkan bahawa bakal suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz, 30an.

Majlis pernikahan Fafau akan berlangsung pada pukul 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengah hari ditempat yang sama.

Majlis akad nikah dan resepsi hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat terdekat dan rakan media sahaja.

Kakigosip sekali lagi mengucapkan semoga majlis berjalan dengan lancar dan berbahagia hingga ke jannah.
Powered by Blogger.