F Fahrin Ahmad bakal bergelar bapa oktober ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fahrin Ahmad bakal bergelar bapa oktober ini


Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Fahrin Ahmad memberitahu isterinya, Elena Hanis Eleas dijangka bakal bersalin anak sulung mereka pada minggu pertama bulan Oktober depan.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang bakal bergelar bapa kepada anak lelaki nanti, Fahrin mengambil langkah untuk bersiap sedia lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.

“Usia kandungan isteri saya sekarang sudah masuk yang ketujuh bulan dan menurut doktor dia dijangka melahirkan anak kami pada 8 Oktober depan. Namun mengikut nasihat doktor juga, kami perlu berjaga-jaga. Jadi seperti saya pula, pada pertengahan September nanti sudah bersiap sedia.

“Fasal persiapan untuk bergelar sebagai bapa pula, sebagai seorang lelaki dan ayah nanti, dari segi fizikal dan emosi tak ada masalah. Tetapi lebih kepada persiapan jangka masa panjang untuk menyara anak dan isteri.

“Oleh itu, saya kena rancang sebaik mungkin. Lagipun isteri saya suri rumah sepenuh masa. Begitu juga dari segi keperluan barang dan nama anak, saya serahkan kepada isteri. Saya kalau tak bersetuju saya akan beritahu,” ujar Fahrin yang juga berkongsi isterinya akan bersalin di hospital berhampiran dengan kediamannya sahaja.

Mengenai berpantang pula nanti, Fahrin juga sedia maklum tidak mempunyai pengalaman, jadi Fahrin turut berkata, isterinya juga rajin mencari individu yang pandai dalam bab penjagaan ketika berpantang untuk menjaga dirinya nanti.

“Dari segi pantang saya tak reti dan lebih kepada membantu serta pantau sahaja. Secara proaktif isteri saya sedang mencari orang yang berpengalaman, cuma saya nasihatkan pastikan dia selesa dan paling penting mestilah menjaga privasi kita,” katanya ketika ditemui semalam.

Fahrin ditemui di majlis pelancaran pencukur Gillete terbaru Mach3 yang diadakan di Talent Lounge, Damansara.
Powered by Blogger.