F Fad (Bocey) bantu ringankan beban isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Fad (Bocey) bantu ringankan beban isteri

Dikurniakan anak kembar sudah tentu menjadi satu momen yang indah buat pasangan pelawak Fad Bocey dan isterinya. Pun begitu, pastinya juga tidak mudah untuk pasangan ini menjaga anak kembar mereka dalam satu masa.

Menyedari kesukaran menjaga anak kembar pada waktu yang sama, Fad (Bocey) atau nama asalnya Fadzlie Nizam, 25, memberitahu, dia sedaya upaya untuk bangun andai anak kembar mereka terjaga pada tengah malam untuk meringankan beban isterinya.

Tambah Fad lagi, dia juga teruja dengan perkembangan anak-anaknya dan berkongsi bahawa di antara anak kembarnya itu mempunyai karakter yang berbeza. Terangnya, Hayyan lebih pendiam berbanding Zayyan.

Justeru, perkara tersebut secara tidak langsung dapat membantu Fad sebagai bapa untuk lebih memahami keperluan dan kehendak permata hatinya itu.

Untuk rekod, Fad dan isteri telah mendirikan rumah tangga sejak 14 Mac 2015. Hasil perkongsian bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata kembar.
Powered by Blogger.