F Ezad Lazim Masuk Hospital Lagi, Alami Simptom GERD | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ezad Lazim Masuk Hospital Lagi, Alami Simptom GERD

Penyanyi popular Ezad Lazim sekali lagi dimasukkan ke pusat perubatan swasta, di sini, selepas mengalami muntah berterusan, Isnin lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ezad berkata, dia mula mengalami muntah-muntah selepas selesai mengadakan persembahan di Klang, Selangor.

"Sebenarnya sebelum itu lagi saya sudah rasa tidak sedap badan kerana selepas makan pasti akan muntah. Sekarang saya terpaksa makan dalam jumlah yang sedikit.

"Mungkin masalah ini berulang akibat saya tersalah makan. Saya masih lagi makan ubat yang dibekalkan ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kedah sebelum ini," katanya yang dibenarkan keluar dari hospital berkenaan pada sebelah malamnya.

Sehubungan itu, Ezad berhasrat untuk mengambil cuti dan berehat.

Julai lalu, Ezad dua kali dimasukkan ke hospital akibat masalah yang sama.

Ezad berkata, doktor memaklumkan dia mengalami simptom Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD.

“Doktor meminta saya lebih banyak berehat dan jangan terlalu banyak berfikir kerana ia boleh menjejaskan kesihatan saya. Mungkin saya akan berbincang dengan isteri Nor Zeana Ramli untuk mengehadkan aktiviti nyanyian selepas ini.

"Dalam keadaan kesihatan begini, saya perlu ada masa untuk diri sendiri pula," katanya.

Powered by Blogger.