F Enggan Dikaitkan Lagi Dengan Bekas Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Enggan Dikaitkan Lagi Dengan Bekas Kekasih

Pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim, 33, enggan lagi dikaitkan dengan kedua-dua bekas kekasihnya.

Memetik laporan BH online, Sherry berkata, jika boleh beliau tidak lagi mahu bercakap mengenai Fattah Amin mahupun Ashraf Muslim.

"Tidak manis saya bercakap mengenai mereka lagi kerana masing-masing juga mencari rezeki dalam industri sama.

"Saya juga tidak mahu dikaitkan dengan Ashraf kerana kami sudah bertahun-tahun berpisah. Tidak perlu dan tiada kepentingan untuk kami dikaitkan lagi kerana dia sendiri sudah pun berbahagia bersama keluarganya.

"Dia juga tidak perlu menghubungi saya dan nama Ashraf tidak perlu diungkit lagi," katanya mengulas kononnya Ashraf ada menghubunginya semula selepas berita dirinya putus cinta tersebar.

Seperti Sherry yang menafikan perkara berkenaan, pelakon dan penerbit itu sebelum ini dilaporkan turut menafikan dirinya kembali berinteraksi dengan aktres terbabit.

Pada awal kemunculannya dulu Sherry pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Ashraf sehinggalah masing-masing membawa haluan sendiri pada 2009.

Kemudian, sekitar 2014 Sherry berkasih pula dengan Fattah, 26. Namun, selepas Aidilfitri lalu, hubungan itu juga terlerai.

Sherry juga menyatakan dia tidak mungkin mereka akan berlakon bersama selepas ini walaupun diberikan peluang berbuat demikian. Wanita itu juga berkata, beliau sesekali tidak akan menjatuhkan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.

"Apa yang saya mahukan adalah nama saya dibersihkan daripada perkara tidak benar, seperti dakwaan mengatakan diri saya mengongkong dan sebagainya," katanya.

Powered by Blogger.