F Enam sekeluarga ghaib | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Enam sekeluarga ghaib

Dua bulan lalu, kisah mengenai tujuh sekeluarga ini pernah mendapat liputan akhbar Sinar Harian apabila berdepan kekangan hidup berpanjangan.

Bapanya, Mamat Che Seman, 75, hanya mengambil upah menebang tanah hutan untuk menyara lima anak yang belum berkeluarga dan isteri, Mariam Awang, 52.

Namun, sejak kematian isteri 13 Julai lalu, bangsal usang yang dibina menggunakan batang pokok hutan itu di biar kosong tanpa penghuni.

Menurut penduduk Kampung Kesedar Paloh 3, Mohamad Noor, 58, mereka sekeluarga hilang tanpa berita setelah isteri meninggal dunia.

“Saya tak tahu ke mana mereka pergi dan bangsal itu dibiarkan kosong. Mungkin balik kampung halaman di Kuala Krai atau kampung Allahyarham isterinya di Machang.

“Ramai yang datang membantu selepas kisah mereka disiarkan dan urusan untuk mendaftar persekolahan anaknya juga sedang dalam proses.

“Saya harap dia sekeluarga baik-baik saja sebab anak-anak mereka memerlukan perhatian dan pendidikan,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di bangsal itu mendapati keadaan persekitaran rumah berselerak seperti sudah lama ditinggalkan.

Pasangan berkenaan mempunyai tujuh anak berusia antara 9 hingga 27 tahun.

Lebih memilukan, dua daripada tujuh anak pasangan itu, Zaiton dan Zabidah, tidak pernah merasai alam persekolahan.
Powered by Blogger.