F Elak dedah keuntungan, Pak Nil utama keselamatan diri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elak dedah keuntungan, Pak Nil utama keselamatan diri

Lazimnya usahawan kecil mahupun besar gemar berkongsi jumlah keuntungan bisnes mereka.

Pun begitu bagi pengacara terkenal nombor satu negara iaitu Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil dengan nama Pak Nil berkata, adalah lebih selamat untuk tidak mendedahkannya.

Meskipun produk kecantikan kulit Pak Nil iaitu ANÊLL baru berusia dua bulan, diajukan soalan andai sudah meraih keuntungan lumayan nanti, Pak Nil berkata, demi keselamatan diri adalah lebih baik tidak didedahkan.

"Belum masanya untuk saya mencanang keuntungan penjualan produk saya. Bagi saya lebih suka konsep merendah diri.

"Ini kerana ia membahayakan keselamatan dan akan adanya timbul isu orang tidak berpuas hati, hasad dengki, khianat, guna ilmu hitam dan taktik tidak baik.

"Begitu jugalah tidak untuk melihatkan saya pakai kereta mewah mahupun rumah. Itu rezeki saya, biar dengan resipi sendiri," ujar Pak Nil.

Dalam perkembangan lain, Pak Nil turut terlibat mengikuti Gegar Fest Fashion & Beauty bersama duta Che Ta pada 26 dan 27 Ogos ini.

"Ini merupakan penglibatan kali pertama saya dan memang sangat teruja. Di samping itu sebagai orang baru dalam bidang bisnes ini, saya juga turut diberi nasihat dan tunjuk ajar daripada Che Ta dalam menguruskan perihal cabang bisnes," katanya.
Powered by Blogger.