F Duit Zizie Ezette Dikebas Orang Gaji | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Duit Zizie Ezette Dikebas Orang Gaji

Tindakan pembantu rumah pelakon terkenal Zizie Ezette yang berani memuat naik sekeping gambar mata wang asing di laman sosial Facebook miliknya memakan diri apabila dia ditahan sepasukan polis di kediaman majikannya di Taman Seri Ukay, kelmarin.

Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam selepas pihak polis menerima laporan daripada Zizie Ezette berhubung pelbagai mata wang miliknya dipercayai dicuri wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin telah diberitahu oleh pembantu peribadinya pada 9 Ogos lalu berhubung gambar yang dimuat naik suspek.

Katanya, mangsa yang ketika itu berada di luar negara menafikan dia memberi wang kepada orang gajinya sebelum mengarahkan pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek.

“Mangsa meminta pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek bagi mendapatkan kesahihan berhubung perbuatan jenayah yang dilakukan.
Powered by Blogger.