F Drama W Ditunda Kerana Sukan Olimpik Rio 2016 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Drama W Ditunda Kerana Sukan Olimpik Rio 2016

Penyiaran episod terbaharu drama bersiri popular iaitu W dilaporkan terpaksa dibatalkan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Sukan Olimpik Rio 2016.

Allkpop melaporkan episod keenam dan ketujuh yang sepatutnya ditayangkan pada 10 dan 11 Ogos ini terpaksa ditunda dan ia telah menyebabkan peminat setia drama bersiri itu berang.

Peminat telah menghantar maklum balas negatif menerusi laman web rasmi drama berkenaan yang rata-rata mahukan W disiarkan pada waktu ditetapkan.

W yang menampilkan barisan pelakon seperti Lee Jong-Suk dan Han Hyo-Joo adalah drama yang mendapat rating tertinggi di Korea Selatan buat ketika ini.

Ia berjaya mengalahkan drama bersiri lain seperti Doctors dan Uncontrollably Fond.

Powered by Blogger.