F 'Doktor' Park Shin Hye Minta Maaf, Janji Bersihkan Kuku | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Doktor' Park Shin Hye Minta Maaf, Janji Bersihkan Kuku

Bukan hanya mencetuskan fenomena juga semakin meraih rating yang tinggi, namun drama Korea 'Doctors' yang kini sudah memasuki episod 16 mencetuskan isu hangat dikalangan penonton setia drama tersebut.

Kontroversi timbul ekoran Park Shin Hye yang melakonkan watak sebagai doktor Yoo Hye Jung dikecam netizen gara-gara aktres itu memakai 'nail art' dan pengilat kuku yang jelas terlihat terutama ketika melakonkan babak sedang pemeriksaan terhadap seorang pesakit yang mengalami kecederaan dalam salah satu episod drama berkenaan.

Tidak mahu isu tersebut terus diperbesar, pelakon berusia 26 tahun itu akhirnya memuat naik status memohon maaf menerusi laman instagram.

"Saya tidak akan memakai 'nail art' dalam empat lagi episod akan datang dan akan memastikan kuku saya bersih," tulisnya.

Shin Hye juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah besar untuk menghilangkan kesan pada kukunya itu jika perkara itu mengundang rasa kurang sedang penonton.

"Saya akan menghilangkannya dan ia bukan masalah besar," tulisnya.

Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian dia segera mengemaskini semula status itu kerana mendapat kritikan dek kenyataanya, "Saya telah menghilangkannya (nail art) kerana ramai penonton yang mengeluh. Saya minta maaf," tulisnya.

Terdahulu, pihak stesen televisyen SBS juga telah meminta maaf secara rasmi kepada penonton Doctors atas kesilapan dan sikap tidak peka pihaknya hingga menimbulkan isu sensitiviti.

Rata-rata netizen memberi komen dan pendapat bahwa seorang yang bertugas sebagai doktor pakar bedah tidak seharusnya berkuku panjang apatahlagi memakai pengilat kuku mahupun nail art dan berpenampilan glamour. Sekaligus, nail art dan pengilat kuku yang dipakai Shin Hye dianggap telah 'membunuh' unsur realistik drama tersebut.
Powered by Blogger.