F 'Doctors' Tamat, Park Shin Hye Berat Hati Ucap Selamat Tinggal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Doctors' Tamat, Park Shin Hye Berat Hati Ucap Selamat Tinggal

PELAKON utama drama Doctors Park Shin Hye berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya selepas siri drama popular tersebut sudah berakhir Selasa lalu.


Menerusi agensinya, Shin Hye memuat naik beberapa foto dalam drama tersebut dengan memperlihatkan pelbagai ekspresi seperti serius, sedih dan tersenyum.

Aktor tersebut turut menulis kapsyen bahawa dia berat hati meninggalkan peminat-peminatnya yang menggemari siri drama tersebut.

"Empat bulan sangat berharga bagi saya, saya berterima kasih dan sangat bahagia. Saya ingin berkata jujur bahawa sangat berat untuk mengucapkan selamat tinggal," ujarnya.

Bagaimanapun, Shin Hye harus berasa bangga kerana episod akhir drama itu berjaya meraih rating tinggi sejak ditayangkan sepanjang empat bulan lalu.
Powered by Blogger.