Berita Terkini
recent

Dilamar Budak Berusia 6 Tahun

Penyanyi Miranda Lambert menerima lamaran daripada kanak-kanak berusia enam tahun ketika sesi bertemu peminat sejurus selesai mengadakan konsert di New Jersey baru-baru ini.

US melaporkan budak lelaki itu yang dikenali sebagai Sebastian ketika bertemu Miranda melutut dengan membawa sebentuk cincin sebelum meminta penyanyi itu berkahwin dengannya.

"Saya sudah bertunang," jerit Miranda selepas dilamar oleh Sebastian.

Miranda turut berkata, ia adalah lamaran paling romantik dan menganggap kanak-kanak itu seorang yang budiman.

"Ia cara paling romantik pernah dilakukan oleh mana-mana lelaki terhadap saya dan sebagai wanita saya berhak mendapat apa yang dilakukan oleh Sebastian.

"Saya akan berkahwin dengannya apabila usianya mencapai 25 tahun," katanya lagi.

Miranda turut memuat naik gambar ketika Sebastian melamarnya di Instagram.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.