F Dilabel Gila Gara-gara Berbikini, Berjoget Depan Umum | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dilabel Gila Gara-gara Berbikini, Berjoget Depan Umum

Aktres seksi dan kontroversi Indonesia Nikita Mirzani baru-baru ini kembali buat hal tetapi kali ini lebih memalukan lagi dirinya sendiri.
apabila memuat naik di laman sosial Instgram miliknya sebuah video yang menunjukkan dia tampil berbikini sambil berjoget.

Berdasarkan lata belakang rakaman video tersebut, dipercayai ia dirakamkan di Bali.

Dalam Video berkenaan, pelakon filem Lihat Boleh, Pengang Jangan itu tanpa malu-malu sebaliknya sambil tertawa asyik berjoget-joget.

"Hari Senin jogetin aja saayy," tulis Nikita Mirzani di Instagram.

Sekaligus, video yang meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata menyifatkan kelakuan ibu dua anak itu tidak malu malah ada yang mengelarkannya kurang siuman.

"Enggak malu ya," komen salah seorang netizen.

"Makin gila ini orang," komen seorang lagi netizen.

Meskipun teruk dikecam dan dilemparkan dengan kmen-komen pedas, namun Nikita seolah-olah tidak ambil pusing dengan semua kritikan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, terbaharu nama selebriti yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram ini turut terpalit dengan kontroversi didakwa menjalinkan hubungan cinta baharu dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Menurut laporan media Indonesia, Nikita bagaimanapun tidak mengendahkan isu tersebut.

"Saya yah saya, saya Mau menjadi org Yg berani jujur pada dirinya sendiri, daripada hidup Aman tapi tidak mencapai apa2, terkadang kamu harus mengambil resiko. Org Yg tidak prh mengambil resiko tidak Akan pernah mendapatkan sesuatu Yg besar. Jng prnh malu untuk mengakui segala sesuatu Yg salah Dan sudah berubah," katanya.
Powered by Blogger.