F DIA Dituduh Tiru Konsep 'Harry Potter' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

DIA Dituduh Tiru Konsep 'Harry Potter'

KUMPULAN DIA kini bersedia untuk melancarkan album terbaharu mereka dalam masa terdekat.


Grup yang diketuai oleh Jung Chae Yeon IOI itu baharu sahaja melancarkan poster unik mereka dengan konsep ala Herry Potter.

Selain menampilkan wajah dari watak Harry bersama parut luka dan kaca mata, kuku-kuku tujuh ahli kumpulan ini turut dilukis dengan gambar dan tema ahli sihir.

Perkara itu mendapat perhatian peminat apabila dituduh mencuri hak cipta filem popular itu.

"Mereka bakal berhadapan dengan masalah hak cipta kerana meniru watak dan konsep yang mirip filem tersebut," ujar salah seorang netizen.

Semnetara itu, DIA bakal melancarkan muzik video mereka berjudul Mr. Potter pada 12 September depan.
Powered by Blogger.